Monday, 14 September 2015


 PERJUANGAN DAN PROSES MENCAPAI 

KEMERDEKAAN
   

1.Penentangan Terhadap Penjajahan Portugis
      •Dari tahun 1515 hingga 1524, sejarah telah menunjukkan bahawa sultan Mahmud telah berusaha untuk menawan semula Melaka sebanyak lima kali.
Pada tahun 1515, 1516 dan 1519, Sultan Mahmud telah menyerang Portugis di Melaka tetapi gagal. Dalam tahun 1523 dan 1524, baginda mengepung bandar Melaka untuk cuba menyekat kemasukan bekalan makanan. Walaupun beberapa  peperangan dan serangan  dilakukan, Sultan Mahmud  masih gagal untuk menawan Melaka sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1928 di Kampar, Sumatera.
Selain tentangan dari Sultan Mahmud, pemerintah-pemerintah kerajaan Melayu seterusnya iaitu Kerajaan Johor dan Acheh telah berkali-kali menyerang  Portugis di Melaka.
Sedikit sebanyak peperangan-peperangan tersebut dapat menggambarkan tentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing yang cuba menjajah tanah air mereka.
2.Penentangan terhadap penjajahan Belanda
Seperti Portugis, Belanda juga mendapat tentangan orang-orang Melayu yang mendapat bantuan daripada orang-orang Bugis.
Usaha menakluk Melaka dari Belanda gagal sehingga kedatangan Inggeris.
3. Penentangan terhadap penjajahan Siam
Sebelum kemasukan kuasanya di Tanah Melayu, orang Siam telah beberapa kali cuba menjajah Melaka dan Pahang tetapi usaha itu tidak berjaya kerana mendapat tentangan dari orang-orang Melayu.
Namun, pada abad ke-19 (dari tahun 1821- tahun 1909), Kedah, Perlis dan Kelantan berjaya ditawan dan ditakluki oleh Siam.

4.Penentangan terhadap penjajahan Inggeris (Paling Dominan)
Kerajaan Inggeris secara rasmi mula menjajah negara ini melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 apabila Inggeris telah mengambil alih Melaka daripada kuasa Belanda.
Bermula dengan negeri-negeri Selat, penjajah Inggeris cuba memperkembangkan jajahan mereka.

Taktik yang sering digunakan ialah dengan campur tangan melalui alasan-alasan tertentu dan juga secara diplomatik . 

No comments:

Post a Comment