Wednesday, 16 September 2015

PENGISYTIHARAAN KEMERDEKAAN.


Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimulai tepat pada jam 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor.
pacara dimulakan dengan menurunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Penurunan bendera Union Jack ini menandakan kemerdekaan Tanah Melayu.
Pada pagi 31 Ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka melalui pengisytiharan kemerdekaan yang diserahkan kepada beliau oleh wakil Ratu Elizabeth.
Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan Muhamad pula ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama.
Ahli Jemaah Menteri yang baru Persekutuan Tanah Melayu yang pertama turut diumumkan.

Tanah Melayu diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-82 pada 17 September 1957.


KESIMPULAN.
Tanah Melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun.
Kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut corak kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing.
Kita harus berganding bahu untuk memajukan diri dan mempertahan kedaulatan negara.
RUNDINGAN KEARAH KEMERDEKAAN.


Ekoran daripada kejayaan besar yg diperoleh melalui pilihanraya pada tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan utk meneruskan desakan bg mempercepatkan kemerdekaan TM.
Berhubung dengan usaha untuk memperolehi kemerdekaan dlm tempoh yang terdekat ini, tidak semua pihak menunjukkan reaksi yang positif.
Tunku Abdul Rahman dalam ucapan pertamanya di dalam Majlis Perundangan Persekutuan telah menegaskan utk berunding dengan pihak British bagi mencapai kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja.
Kenyataan Tunku Abd Rahman telah menimbulkan reaksi kontra daripada istana Johor. Pihak Sultan Johor merasakan kemerdekaan akan membawa kepada kemusnahan Tanah Melayu.
Reaksi ini telah menjadikan satu isu kontroversi di kalangan raja-raja, Tunku Abdul Rahman, dan pihak UMNO sendiri.

Sungguhpun begitu, Raja-raja Melayu dan UMNO akhirnya bersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat wakil di kalangan raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.


MISI KEMERDEKAAN DI LONDON.
Pada bulan Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman
Ia bertujuan  untuk berunding dengan pegawai-pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan TM.
Perundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu.
Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.
Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan, iaitu:
i.Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957;
ii.Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi;
iii.Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel, British juga mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini; dan
iv.Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid. 

SURUHANJAYA REID.
Telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini telah dipengerusikan oleh Lord William Reid.
Tugas suruhanjaya ini ialah:
   ØMerangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan tanah Melayu yang akan merdeka.
   ØMembentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri.
   ØMenjamin kedudukan khas raja-raja Melayu.
   ØMewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
Pada Februari 1957 Suruhanjaya Reid telah mengeluarkan draf perlembagaan untuk dibahaskan.
Beberapa cadangan terpaksa dipinda bagi memuaskan hati semua pihak.
Antara perkara yang telah dipersetujui ialah:
   ØSebuah negara persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa pusat negeri.
   ØKerakyatan secara jus soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu.
   ØKedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain.
   ØInstitusi raja-raja melayu dan konsep Raja Berpelembagaan dikekalkan.
   ØBahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan menjadi bahasa pengantar di sekolah masing-masing.
   ØAgama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan. Walau bagaimanapun agama lain boleh terus diamalkan.
Semua perkara tersebut telah dipersetujui oleh semua kaum di Tanah Melayu.
Persetujuan tersebut membolehkan pembentukan sebuah kerajaan yang demokrasi dengan konsep Raja Berpelembagaan.
Pemimpin Melayu dan bukan Melayu bersetuju dengan pakatan tersebut kerana ia boleh membawa kepada perpaduan.
Cadangan Suruhanjaya Reid diterima oleh Parlimen British pada bulan Jun 1957.
15 Ogos 1957 Perjanjian Merdeka 1957 telah ditanda tangani antara raja-raja Melayu dengan British di Kuala Lumpur.
GERAKAN ISLAH MENCETUSKAN KESEDARAN KEBANGSAAN

Pada awal kurun ke-20, semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya di Mesir.

Mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.

Setelah kembali ke tanah air pelajar tersebut memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Kaum Muda.

Pemimpin Kaum Muda terdiri daripada:
     a)Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin
     b)Haji Abbas bin Muhammad Taha
     c)Syed Syeikh Ahmad al-Hadi

Kaum Muda menyebarkan idea pembaharuannya melalui majalah Al-Imam.
Majalah Al-Imam mula diterbitkan di Singapura pada tahun 1906 dan berjaya mempengaruhi perkembangan pemikiran orang Melayu

Sambungan gerakan Islah mencetuskan kesedaran kebangsaan  


Majalah Al-Imam menyeru orang Melayu supaya:-

    a.Berpegang kepada ajaran al-quran dan hadith
    b.Memberi keutamaan terhadap ilmu pengetahuan supaya dapat mencapai kemajuan.
    c.Mempelajari iktibar daripada pengetahuan sejarah
    d.Memberikan pendidikan kepada anak mereka
    e.Memberikan peluang pendidikan kepada kaum perempuan
    f.Membuang kepercayaan karut dan adat resam yang boleh menghalang kemajuan mereka

Penerbitan Al-Imam terhenti pada tahun 1908.

Majalah Al-Imam telah digantikan oleh majalah lain seperti Neracha, Al-lkhwan, Pengasuh dan    Saudara.

Madrasah seperti Madrasah al-Masyhur al-Islamiah, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang dan            Madrasah al-Ihya Assyariff dibina oleh kaum Muda untuk menyebarkan ajaran mereka dengan            lebih berkesan.

Kaum Muda menerima tentangan daripada Kaum Tua.

Akhbar seperti Suara Benar dan Lidah Benar diterbitkan oleh Kaum Tua bagi menentang idea   pembaharuan Kaum Muda.


TOKOH PELOPOR GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU



1.Syeikh Muhammad Tahir Jalaludin
ØDilahirkan di Sumatera pada tahun 1869
ØMenerbitkan majalah Al-Iman
ØPernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak
2.Haji Abbas Muhammad Taha
ØDilahirkan pada tahun 1885 di singapura
ØMenerbitkan akhbar neracha
ØPernah dilantik sebagai kadi di tg. Pagar.
3.   Syed Syeikh al-Hadi
ØDilahirkan di Melaka pada tahun 1862


ØMenerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara


INTELEKTUAL MEMATANGKAN PERJUANGAN




Golongan intelektual berpendidikan Melayu terdiri daripada
a.Guru-guru Melayu lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
b.Tokoh agama Islam
Antara tokoh nasionalis dari golongan intelektual berpendidikan Melayu ialah
a.Harun Aminurrashid- guru lepasan MPSI
b.Ibrahim Haji Yaakob - guru lepasan MPSI
c.Abdul Hadi Hasan - pengarah MPSI
Golongan intelektual berpendidikan Inggeris yang terdiri daripada mereka yang arif tentang sistem pentadbiran dan perundangan turut memperjuangkan semangat nasionalisme.
Golongan intelektual berpendidikan Inggeris ini telah menggesa British meningkatkan
a.Peluang pendidikan untuk orang Melayu
b.Taraf ekonomi orang Melayu

c.Peluang orang Melayu untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam


TOKOH NASIONALIS BERPENDIDIKAN INGGERIS
1.Raja Chulan
  ØBekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar 
  ØAhli majlis Perundangan Persekutuan
  ØMenggesa British meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu
2.Mohammad Eunos Abdullah
  ØBekas pelajar Raffles Institution di Singapura
  ØAhli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat
  ØBekas ketua pengarang akhbar Utusan Melayu.

  ØTubuh Kesatuan Melayu Singapura pada tahun 1926
3.Dato’ Onn Jaafar
  Øbekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar
  ØAhli Tidak Rasmi Majlis Mesyuarat Negeri Johor pada tahun 1936.
  ØBekas pengarang akhbar Warta Malaya dan Warta Ahad




PERJUANGAN NASIONALISME MELALUI PERJANJIAN HITAM PUTIH

Peranan Akhbar dan Majalah Melayu

Akhbar dan majalah memainkan peranan penting dalam kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu kerana akhbar dan majalah
i.Merupakan saluran bagi orang ramai melahirkan pendapat mereka tentang kesedaran kebangsaan.
ii.Membolehkan pemimpin menyalurkan idea tentang kesedaran kebangsaan kepada orang ramai.
Antara peranan dan perjuangan akhbar-akhbar ini ialah:-
i.Mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu.
ii.Memajukan kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu.
iii.Menyeru orang Melayu bersatu dan berusaha menghapuskan semangat kenegerian.
iv.Menuntut kedudukan yang lebih baik untuk orang Melayu dalam bidang pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan.
Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu ialah contoh akhbar yang memainkan peranan utama dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu pada tahun 1930-an.

1) Warta Melayu
Tempat terbitan di Singapura.
Pengarang pertamanya Dato' Onn Jaafar.
Memperjuangkan hak orang Melayu dalam bidang sosio ekonomi.
Mahukan orang Melayu diberikan lebih banyak peluang dalam perkhidmatan awam kerajaan


2) Majlis
Tempat terbitan di Kuala Lumpur.
Pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai.
Mempersoalkan dasar British yang merugikan orang Melayu.

3) Utusan Melayu
Tempat terbitan di Singapura.
Pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai.
Menggalakkan orang Melayu menyertai persatuan politik untuk memperjuang nasib bangsa dan tanah air.


Kegiatan Persuratkhabaran di kalangan Orang Cina dan Orang
India

*Masyarakat Cina dan India di Tanah Melayu mempunyai akhbar mereka sendiri.
*Akhbar mereka memuatkan
i.Berita kegiatan sosial dan ekonomi kaum masing-masing di Tanah Melayu.
ii.Berita tentang peristiwa yang berlaku di China dan di India.
iii.Menyiarkan berita ringkas tentang peristiwa yang berlaku di dalam dan di luar negeri.

*Akhbar masyarakat Cina adalah seperti Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News.
Masyarakat India pula mempunyai akhbar seperti Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasu.
Masyarakat Jawi Peranakan (kacukan India-Melayu) menerbitkan akhbar berbahasa Melayu seperti Jawi Peranakan, Sekolah Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri.
Masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya) menerbitkan akhbar berbahasa Melayu seperti Surat
Khabar Peranakan, Bintang Timor. Khabar Uchapan Baru dan Bintang Peranakan.